Misi itu ialah matlamat jangka pendek kita untuk mencapai visi. Visi pula matlamat jangka panjang atau lebih dikenali sebagai wawasan(pandangan jauh masa hadapan) Sebagai contoh pertandingan bola sepak - menang dapat piala ialah visi, misinya pula kena sumbat gol untuk menang satu-satu perlawanan Pendek kata misi ialah usaha ke arah capai misi.misi ialah hasil Kita mesti jelas dengan misi, visi dan matlamat kita dalam setiap bidang- seperti peribadi, kewangan, harta, pekerjaan, perniagaan, berkeluarga dan juga kepada masyarakat. Jadi bila kita dah tau dengan jelas kita punya misi dan visi- mesti ada pencetus dan penolak untuk kita bergerak ke arahnya. Pencetus itu boleh jadi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi s.a.w. , kisah-kisah salafus soleh, contoh kejayaan yang telah ditunjukkan oleh seseorang (qudwah), kata-kata hikmah, realiti semasa, desakan serta tekanan hidup itu sendiri.Setiap orang mesti ada pencetus masing-masing. Isunya bila kita jadi hangat-hangat tahi ayam-...