Misi itu ialah matlamat jangka pendek kita untuk mencapai visi.
Visi pula matlamat jangka panjang atau lebih dikenali sebagai wawasan(pandangan jauh masa hadapan)
Sebagai contoh pertandingan bola sepak
- menang dapat piala ialah visi, misinya pula kena sumbat gol untuk menang satu-satu perlawanan
Pendek kata misi ialah usaha ke arah capai misi.misi ialah hasil
Kita mesti jelas dengan misi, visi dan matlamat kita dalam setiap bidang- seperti peribadi, kewangan, harta, pekerjaan, perniagaan, berkeluarga dan juga kepada masyarakat.
Jadi bila kita dah tau dengan jelas kita punya misi dan visi- mesti ada pencetus dan penolak untuk kita bergerak ke arahnya.
Pencetus itu boleh jadi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi s.a.w. , kisah-kisah salafus soleh, contoh kejayaan yang telah ditunjukkan oleh seseorang (qudwah), kata-kata hikmah, realiti semasa, desakan serta tekanan hidup itu sendiri.Setiap orang mesti ada pencetus masing-masing.
Isunya bila kita jadi hangat-hangat tahi ayam- Bagaimana cara untuk atasinya?
1- Pertama sekali Allah kita mesti kita sabar dan solat.
2- Istiqamah- ada masa kita bersemangat dan ada masa malas atau down
-cara praktikal ialah tetapkan min standard untuk kita buat sesuatu perkara.Contohnya solat jemaah setiap masa, pergi awal, solat sunat dulu, saf depan- ini maksimum standard tapi ada masa kita sibuk tak sempat- jadi kita set minimum at least kita pegi jemaah walaupun rakaat last.
Ingat! tak buat semua takpe, jangan tinggal semua.Fokus pada perbuatan, bukan tengok pada hasil.
Tengok hadis Nabi S.A.W
Maksudnya: “Bagi setiap ketika semangat berkobar-kobar adanya satu ketika saat lemah. Barangsiapa saat dia lemah tetap berpegang kepada sunnahku maka sesungguhnya dia telah berjaya. Barangsiapa saat dia lemah berpaling kepada selain daripada sunnahku maka sesungguhnya dia telah binasa”
(Riwayat Ahmad)
Misi kita takkan pernah habis dalam perjalanan menuju visi.Apa Visi akhir dan paling besar kita sebagai orang Islam - mencapai redha Allah dimana kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.
Bonus:
Matlamat ialah hasil yang kita nak dari tahap sekarang A ke tahap B. Ia proses kita dapat mengenal kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan (S.W.O.T)
Semoga ada manfaat
Dipetik isi dari:-
https://www.google.com/amp/s/marzukiyusof.wordpress.com/2011/10/02/misi-visi/amp
Comments
Post a Comment